Thursday, July 31, 2008

Balik Raya...

Hi, hi, belum puasa lagi dah nak raya! Bukan itu yang saya maksudkan. Semalam baca paper mengatakan kerajaan bersetuju untuk menaikkan harga tambang bas. Pengumuman akan dibuat sebelum hari raya.

Persatuan inginkan kenaikan harga tiket kepada 100%. Ini bermakna harga tiket dari Melaka ke Alor Star sekarang dari RM45.00 akan naik kepada RM90.00. Bermakna kalau keluarga dengan 4 orang anak terpaksa membayar sebanyak 90+90+45+45+45+45=RM360.00. Kalau pergi balik dah RM720.00. Itu cuma kos tambang nak balik saja. Belum kira makan minum, duit raya, baju raya dan kuih raya. Agaknya kalau sewa kereta mungkin lebih murah dari naik bas.

Semalam juga kecoh fasal komuter/lrt rosak selama lebih kurang 9 jam. Hasilnya orang ramai lambat sampai ke destinasi.

Kerajaan cakap nak suruh orang guna pengangkutan awam. Dengan ini caranya sahlah rakyat akan lagi lebih senang dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Kata saya...macam saya kata dulu kononnya duit subsidi yang dijimatkan untuk perbaiki mutu pengangkutan awam, jadi tolonglah perbaikinya...saya masih belum nampak mutunya dinaikkan selepas harga petrol dinaikkan (ke nak tunggu 100 hari baru boleh komen...)

6 comments:

WaNNi said...

Segala naik harga...gaji naik x? Harap ada bonus utk tampung tambang bas yang naik tu.

jorazak said...

ibu baru
saya bagi contoh aje tu. kita, kerajaan dah naikkan gaji tahun lepas. yg tak ada kerajaan nak nikkan gaji dan bonus, amacam. bonus? nampak gayanya tak ada lagi tahun ni. hi, hi, kerajaan boleh bagi 1001 macam alasan. itu hak dia nak bagi bonus ke tidak. saya? akan balik ke kedah dulu kemudian ke pahang. tol saja dah RM200 dan minyak RM600. hi, hi, pakai baju tahun lepas ajelah...

Sya said...

Begitulah.. nak buat camana.. nak kata petrol naik, bas menggunakan diesel jadi kenapa nak naikkan harga tambang.. kalau seiring dengan kenaikan mutu perkhidmatan tak pelah.. ini mutu perkhidmatan masih di tahap teruk. apa agaknya justifikasi kenaikan dibuat

jorazak said...

sya
yang saya risau bila dah dekat bulan puasa ni ialah harga bahan mentah. tengoklah tak lama lagi harga ayam, telur, minyak masak, gula, dan mungkin juga kelapa akan naik. diorang akan bagi reason kos pengangkutan, makanan ayam, ketiadaan stok, pokok tak berbuah dan entah apa lagi untuk naikkan harga. kerajaan tak akan buat apa dan pengguna terpaksa tengok, korek tabung dan beli jugak...

Hanisumayyah said...

Kerjaan tak sedar yang naikkan minyak ni memberi kesan rantaian pada aspek keperluan hidup yg lain...mana pergi kata penjimatan subsidi kerajaan dr kenaikan minyak tu...tu pun tak berjawab lagi...

Kita makin terhimpit...raya ni rasanya ramai piilih tak balik kampung kot? tol + minyak jer dah kalah kos utk isi perut...

jorazak said...

hijrah1429
dalam entri teori domino saya:
http://jorazak.blogspot.com/2008/06/teori-domino.html
saya huraikan perkara ini seperti hijrah1429 nyatakan. orang atas pokok nun diorang makan sedap aje...diorang peduli apa kat kita. itu sebab diorang tengah bergasak nak tentukan mereka terus di atas...