Hi, hi, belum puasa lagi dah nak raya! Bukan itu yang saya maksudkan. Semalam baca paper mengatakan kerajaan bersetuju untuk menaikkan harga tambang bas. Pengumuman akan dibuat sebelum hari raya.
Persatuan inginkan kenaikan harga tiket kepada 100%. Ini bermakna harga tiket dari Melaka ke Alor Star sekarang dari RM45.00 akan naik kepada RM90.00. Bermakna kalau keluarga dengan 4 orang anak terpaksa membayar sebanyak 90+90+45+45+45+45=RM360.00. Kalau pergi balik dah RM720.00. Itu cuma kos tambang nak balik saja. Belum kira makan minum, duit raya, baju raya dan kuih raya. Agaknya kalau sewa kereta mungkin lebih murah dari naik bas.
Semalam juga kecoh fasal komuter/lrt rosak selama lebih kurang 9 jam. Hasilnya orang ramai lambat sampai ke destinasi.
Kerajaan cakap nak suruh orang guna pengangkutan awam. Dengan ini caranya sahlah rakyat akan lagi lebih senang dengan menggunakan kenderaan sendiri.
Kata saya...macam saya kata dulu kononnya duit subsidi yang dijimatkan untuk perbaiki mutu pengangkutan awam, jadi tolonglah perbaikinya...saya masih belum nampak mutunya dinaikkan selepas harga petrol dinaikkan (ke nak tunggu 100 hari baru boleh komen...)
Thursday, July 31, 2008
Thursday, July 24, 2008
Jangan Sangka Yang Bukan-Bukan
Hari selasa lepas PKS minta saya tengok sebuah tasik di Bangi untuk tujuan sebahagian kajian projek saya. Petang tu saya dan camera saya ke taman tasik tersebut. Dengan beg digalas dan camera di tangan, saya lihat ada orang pandang semacam kat saya. Peduli apa, lantak dioranglah!
Saya ambil gambar apa yang cantik pada mata saya dan yang berkaitan dengan projek saya. Nasib baik tak kena meranduk air. Dengan telefoto kerja lebih senang. Tambahan pulak dengan 10 megapixel yang ada.
Selepas mengambil gambar di sekeliling tasik tersebut, saya sms PKS mengatakan ada 2 potential sites untuk menjalankan projek tersebut. Ini balasan beliau:
"Ok. Good. Kerajaan P****** R***** S******r nak jadikan tempat tu sebagai kawasan ilmu dan sustainable energy"
Hi, hi, jangan sangka yang bukan-bukan...
1. Diorang pandang semacam sebab tempat tu sebenarnya tempat "HOT". Agaknya diorang ni ingat saya sepai leman...
2. Saya cuma menjalankan projek saya nanti tanpa kaitan dengan aktiviti politik, ok. Itupun kalau projek tu diteruskan. 2 minggu lagi nak diadakan mesyuarat.
Kata saya...banyak kerja yang perlu dilangsaikan dalam tempoh lima hingga tujuh bulan ni. Nak menangis pun ada...

Monday, July 21, 2008
Jimat Kos
Kerajaan Negeri Terengganu beli Mercedes untuk ganti Proton sebagai kereta rasmi exco dan speaker negeri. Kononnya untuk jimat penyelenggaraan kereta. 14 Mercedes E200 Kompressor itu bernilai RM3.43 juta dengan setiap kereta dianggarkan bernilai RM245,000.
Alasan yang diberikan: Proton Perdana dah "tua" sebab selalu long-distance. Nak jimat penyelenggaraan macam yang exco Toh Chin Yaw "kena" RM50,000 dalam masa 36 bulan. Mercedes dikatakan akan jimat kos penyelenggaraan dan jimat minyak.
Kalau tak silap dulu kerajaan pusat ada buat polisi supaya pembelian kereta rasmi adalah dari jenama Proton. Tak taulah dah tukar polisi kut. Macamana exco tu kena RM50,000 untuk repair kereta. Cuba tengok apa yang dia baiki. Macam tak masuk akal aje. Atau bengkel tu charge lebih-lebih? Siapa kata maintenance Mercedes lagi murah. Spare partsnya lebih mahal dari spare parts Proton. Jimat minyak? Hi, hi, hi. Mana statistik yang dia pakai?
Kononnya Mercedes tu dari peruntukan pentadbiran yang lepas. Tak tahulah betul ke tidak. Kalau tak silap kerajaan negeri Pulau Pinang tolak pembelian kereta rasmi baru. Kereta Proton jugak.
Kalau dibeli Proton, berapa banyak kerajaan negeri boleh jimat agaknya. Mungkin dekat RM100,000 jugak sebuah. Kalau 14 buah, "Lu Fikir Sendirilah". Kalau tak boleh, guna calculator, ok. Agak-agak jumlah penjimatan tu boleh tampung tak penyelenggaraan yang perlu dibuat sepanjang perkhidmatan exco tersebut, mungkin 4 atau lima tahun?
Seperti kebiasaan kereta-kereta rasmi ni akan dijual terus kepada sipengguna bila tamat tempoh dengan harga "token" sahaja. Jadi saya cuma ingin tahu samada amalan ini akan diteruskan atau tidak?
Saya tak pasti timing pembelian ini baik atau tidak. Tapi saya tahu pada masa rakyat dihimpit dengan kenaikan harga minyak dan inflasi yang tinggi, exco pentadbiran negeri masih nak bermewah-mewah. Kononnya suruh rakyat UBAH CARA HIDUP!
Kata saya...nasib baiklah bukan negeri kelahiran saya, kalau tak mau saya hantar surat protes. Lantak koranglah, di akhirat besok engkau jawablah...

Sunday, July 20, 2008
Orang Malaysia Tak Ada Ke...
3 bulan lepas saya ke food court KLCC. Tengok yang bekerja bersihkan meja dan kumpulkan pinggan di situ terdiri wanita dari warga indonesia. Yang kerja kat gerai-gerai tu tak usah ceritalah kebanyakannya orang dia. 2 minggu lepas saya ke sana lagi. Kali ini saya tengok yang bekerja bersihkan meja dan kumpulkan pinggan terdiri dari lelaki dari warga Bangladesh. Eh pelik, apa dah jadi? Boleh tukar jantina dan warganegara pulak? Persoalan saya, tak ada ke warga Malaysia yang sanggup buat kerja ni? Dengar cerita banyak benar yang menganggur. Itu tak termasuk geng Mat Rempit lagi. Tak kan lah kerja macam ni pun nak impot pekerja asing? Satu lagi saya lihat kat stesen minyak. Masih lagi ambil pekerja asing! Kalau pemilik kereta dah kena isi minyak sendiri (self service) apa yang mamat Bangla ni buat? Kalau dulu kata isi minyak memang kena self service tapi check minyak hitam dan cuci cermin akan dibuat oleh MB-MB ni. Sekarang itu pun diorang tak buat! Apa kata bagilah kerja-kerja tu pada ibu tunggal yang tak bekerja atau orang-orang pencen yang masih nak bekerja. Dari minta kerja jadi security guard yang lebih merbahaya tu, baiklah kerja macam tu. Bukannya teruk sangat pun. Isi minyak, bersih meja, kutip pinggan. Janji cukup bulan ada gaji. Kata saya...ke majikan nak jimat duit aji orang asing? |
Betul Ke?
Semalam bila baca berita tentang hydrofuel saya sedikit tersentak. Kena pulak PM sendiri yang dijemput untuk mengwar-warkan cerita ni. Betul ke ni? Teknologi terkini yang diusaha oleh orang Malaysia.
Apa yang saya tahu penyelidikan sebegini banyak dibuat di US, Eropah, Jepun dan Korea. Sehingga kini tiada teknologi hidrogen yang mampu dikomersilkan untuk kegunaan industri otomotif. Bukan saya menyangkal keupayaan anak Malaysia (hi, hi, saya pun anak Malaysia!), tetapi saya hanya berharap penghebahan cerita ini tiada unsur-unsur politik murahan untuk mengabui mata dan telinga rakyat.
Apa yang saya ingin lihat adalah pelaksanaan pengeluaran tenaga yang lebih berkesan. Kononnya eletrik yang akan dijana oleh Janakuasa Bakun (entah bila nak siap tak tahu le) berupaya membekalkan tenaga yang mencukupi untuk Sabah dan Sarawak, malah boleh diekspot ke semenanjung melalui kabel dasar laut. Saya difahamkan jutaan ringgit akan digunakan untuk meletakkan kabel ini. Belum lagi dikira kuasa letrik yang hilang oleh kerana jarak yang jauh.
Apa kata, kalau kerajaan benar serius dengan hidrogen, Janakuasa Bakun ini digunakan sebahagian kuasanya untuk memproses menjanakan gas hidrogen untuk kegunaan masa kini dan masa depan. Semua orang tahu gas hidrogen boleh disimpan dalam tong. Semua orang tahu (mungkin ada orang tak tahu kut) sumber untuk penghasilan hidrogen buat masa ini adalah "limitless", tak macam minyak.
Masalahnya sekarang sehingga kini kerajaan seolah-olah tak terfikir untuk berubah ke arah ini. Cuba lihat atau dengar "State of the Nation" Presiden Bush berkenaan politik tenaga US. Hidrogen adalah matlamat mereka untuk penghasilan tenaga masa depan, termasuk penghasilan kereta menggunakan hidrogen.
Malaysia memang ada "Fifth Fuel Policy", tetapi adakah itu dipraktikkan?
Kata saya...jangan jadikan ini sebagai gimik politik. Jadikan ia satu polisi tenaga yan berkesan. Berdasarkan pengalaman lalu, ni cuma hangat-hangat **** ayam...

Friday, July 18, 2008
Demokrasi?
Hari tu Perdana Menteri Austaralia memberikan komen bahawa demokrasi di Malaysia subur. Biasalah mat saleh ni kat mulut biasa manis-manis aje. Sebenarnya dalam hati mereka sehampes-hampesnya. UMNO dah decide peralihan kuasa dari DSA ke DSN pada 2010. Dah banyak negeri buat declaration menyokong peralihan kuasa ni. Pada hal mesyuarat Bahagian belum pun dibuat. Syor menyatakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan muncul lagi. Kalau nak tahu bacalah akhbar dan media arus perdana. Rata-rata yang keluar menyokong syor tersebut. Tak tahulah yang underground punya tak keluar komen dia. Rata-rata komen "menyeru" TRH dan TSMY tidak bertanding kedua-dua jawatan tersebut. Jadi dah berapa kali agaknya jawatan-jawatan ini tidak dipertandingkan? Apa alasan sebenar ianya tidak dipertandingkan? Kalau bebar-benar demokrasi Malaysia subur sepatutnya pertandingan, kalau boleh kata pertandingan, atau pemilihan ini perlu dibuka. Tak kiralah kalau yang bertanding nanti tu sorang saje. Yang penting pencalonan perlu dibuka. Pelik juga bila sistem kuota masih digunakan. Saya rasakan ada sistem lebih baik untuk menjamin demokrasi terus dibaja. Sistem kuota tidak perlu tapi pemilihan yang dibuat oleh peringkat bahagian perlu diambil kira. Perlu dimasukkan dalam jumlah undi perwakilan. Hi, hi, macam undi pos. Hi, hi, kan dalam PRU banyak undi pos. Kenapa? Perwakilan yang hadir boleh dilobi oleh peraih-peraih undi, hi, hi sekali lagi macam PRU, untuk mengubah undi mereka. Jadi pilihan bahagian dan pilihan perwakilan mungkin berlainan. Hi, hi, baru-baru ni saya check data saya di umno online. Guess what?... Kata saya...adakah dengan ini boleh menyebabkan peristiwa 1988 sekali lagi... |
Thursday, July 17, 2008
Antara Percaya Atau Tidak
Tak taulah nak percaya ke berita-berita yang macam-macam kat Malaysia sekarang. Saya sudah ambil keputusan semua statement yang dibuat khasnya ahli politik tidak boleh diterima 100%. Kalau nak percaya jugak, kena hati-hati, macam kata orang berjudi, kena buat side betting on top of your main bet. Kalau tak hancus segalanya.
Kenapa?
1. Tengok ajelah berita di TV* tu. Memang nampak berat sebelah. Cuba baca UM dan NST. Hek eleh sama ajelah. Kalau orang tua-tua mungkin percaya bulat-bulat apa yang diberitakan oleh mereka.
2. Polis? Dah baca cerita tentang satu balai polis kat Johor tu? Saling tuduh menuduh. So nak percaya yang mana satu. Kalau masuk court dah tentu yang sorang tu kalah. Tapi tak semestinya dia salah.
3. Hakim? Dahlah cerita fasal corect, correct tu. Belum lagi kes tun Salleh Abas & the gang. Kes lain yang tuduh menuduh hingga menjadi agenda negara, akhirnya tak bersalah, after 10 years.
4. Immigresen? Hah, Pengarah dan Timbalan Pengarah dah kena tahan. Tak taulah tu, bersalah ke tidak tu? Mesti lama nanti baru kes tu selesai.
Kata saya...DTA.

Monday, July 14, 2008
Melayu di Tanah Melayu
Rasa kesian bila baca berita tentang peneroka kena tahan ceroboh tanah kerajaan. Rata-rata yang ditemubual, orang melayu. Orang melayu dah merempat tak ada tanah di tanah melayu.
Apa salahnya mereka diberikan geran TOL untuk kerjakan tanah tu, asalkan jangan tanam pokok kekal sudah le. Dari dibiarkan tanah tu terbiar eloklah diusahakan oleh rakyat kita, khasnya orang melayu.
Yang saya heran di Cameron Highlands tanah bukit dah semakin gondol diterokai. Tak tahulah pulak saya samada secara halal atau haram. Cuma satu yang saya tahu kebanyakan tanah yang diterokai ini adalah oleh bukan orang melayu. Cuba-cubalah pihak yang berkuasa tengok-tengokkan kes ni.
Berbalik kepada cerita asal, saya pelik menurut peneroka tanah yang diceroboh itu sebenarnya telah ditinggalkan oleh pengusaha tembikai. Siapa agaknya pengusaha tembikai ni? Kenapa semasa tembikai ni ditanam tak dibuat tangkapan pun? Lama nak tunggu berbuah tembikai tu. Dari tanam benih hingga pungut hasil sekurang-kurangnya 70 hari. Apa pihak berkuasa buat agaknya, ek?
Kata saya...dah nasib korang. Agaknya pihak berkuasa nak tangkap yang tanam tembikai tu kut. FAT CHANCE!!!

Sunday, July 13, 2008
Dadah Terlarang & Teknologi Terkini
Sukan Olimpik dah tak sampai sebulan lagi. Tour De France dah bermula. Cerita dadah terlarang timbul semula. Pelari Britain Dwain Chambers sedang bergelut dengan Kesatuan Olahraga Britain untuk membenarkannya menyertai Olimpik. Dia dah layak ke Olimpik dengan memenangi acara 100 meter kelayakan Olimpik Britain semalam (Sabtu). Seorang pelumba basikal telah disingkir dari Tour De France kerana menggunakan EPO.
Baru-baru ini pakaian renang rekaan Speedo, LZR Racer, telah dipakai oleh ahli renang terkemuka dunia. Hasilnya pelbagai rekod renang dipecahkan oleh perenang yang memakai pakaian tersebut. Kritik menyatakan "unfair advantage"kepada yang memakai daripada mereka yang tidak mampu mendapatkan pakaian tersebut. Sila lihat komen ini.
Sebelum ini saya ada komen bila kes Floyd Landis dituduh menggunakan dadah kerana had testosterone yang tinggi. Dia dah didapati bersalah dan ditarik balik kejuaraannya.
Apa yang nak saya bangkitkan adalah "unfair advantage". Penggunaan dadah terlarang ini dikatakan memberi kesan yang meningkatkan prestasi seseorang atlet. Bagaimana pula dengan pemakaian LZR Racer ni. Dengan harga yang ribuan ringgit sudah tentu perenang-perenang seperti negara Malaysia tidak mampu untuk memiliki kecuali Speedo yang jadi penaja. Adakah atlet-atlet ni masih bertanding "on the same level playing field"?
Bak kata Nabil, "Kau fikirlah sendiri"!
Kata saya...sama aje diorang ni samada dadah terlarang atau teknologi terkini, azamnya nak mempertingkat prestasi. Bukannya dadah yang mat fit kat Malaysia guna. Kalau tak, dah lama kita ada pemegang rekod dunia, ek!

Saturday, July 12, 2008
Bila Politik Mempengaruhi Etika
Sedih saya tengok bila berita sebuah TV swasta (yang mana lagi...) telah mempolitikkan berita yang mereka terima. Memandangkan TV tersebut adalah milik anak syarikat parti politik tertentu maka ia mengambil peluang untuk mengutuk dan cuba memfitnah parti politik lain yang memerintah kerajaan negeri.
Bila saya lihat malam tu ada payung kuning yang terlibat saya dah sedia maklum ianya melibatkan kerabat diraja. Kenapa pihak TV ini tidak sensitif terhadap perkara ini? Atau sengaja nak memutarbelitkan keadaan?
Apa nak jadi dengan Malaysia Hari Ini? Polis pun dah cakap nak heret ATM untuk memastikan keamanan di Malaysia ni. Harap-harap jangan jadi macam Thailand dah le...
Kata saya...agaknya syarikat tu dah buang ke laut etika kewartanan mereka kerana idealisme politik tuan punya mereka...

Pegawai Yang Lebih
MSN membidas Persatuan Angkat Berat Malaysia yang mementingkan pegawai mereka dari jurulatih atlet angkat berat itu sendiri. Mereka terus berkeras untuk menghantar pegawai tersebut yang sudah tentu tidak akan memainkan sebarang peranan di Beijing kecuali pergi bercuti di sana agaknya. Apa yang dia dah buat sepanjang persediaan atlet tersebut di sini? Apakah beliau beliau boleh menolong atlet Amirul Hamizan sekiranya beliau menghadapi masalah di sana nanti? Memang mangk*k hay*n punya persatuan! Jurulatih tak boleh pergi, pegawai yang tak tau apa-apa boleh pergi.
Apa kata MSN hanya sponsor Amirul sahaja, tak payah sponsor pegawai yang menghabiskan beras aje tu. Biar dia bayar cuti dia di Beijing tu sendiri. Oiii PABM! Sedar tak, duit yang yang nak dihabiskan tu duit rakyat!
Kata saya...Come on Malaysians! Hantar surat protes anda ke akhbar-akhbar utama. Duit kita semua tu...

Friday, July 11, 2008
Tahniah, Nicol!
Setelah bergelar juara dunia, sehingga sekarang saya masih ternanti-nanti bila agaknya Nicol Ann David akan dianugerahkan darjah kebesaran negara. Hari ini diberitakan Nicol akan dianugerahkan oleh YDP Negeri Pulau Pinang Darjah Setia Pahlawan Negeri yang membawa gelaran Datuk. Tahniah, Nicol!
Walaubagaimanapun saya merasakan kerajaan Malaysia yang sepatutnya menganugerahkan gelaran tersebut kepada beliau. Saya merasakan pihak kerajaan masih memandang kecil kejayaan beliau. Kalau kita baca di akhbar yang menang pingat emas di Olimpik nak bagi RM 1 juta. Saya tak pasti apa yang dia dah dapat semasa bergelar juara dunia dan memegang tampuk nombor satu ranking squash itu. Mungkin sebab squash ni tak famous sangat dan bukan acara Olimpik.
Akhirnya kerajaan negeri aje yang mengiktiraf kejayaan beliau. Kalau banding dengan ahli politik, mana cepat agaknya dapat gelaran dato atau datuk ni?
Kata saya...nak dapat gelaran datuk lambat lagi. Hi, hi, anak-anak belum habis sekolah lagi.

Contribution To Knowledge
Semalam bincang dengan Supervisor tentang pembelajaran saya. Saya bimbang bila saya mula menulis literature review saya tak nampak di mana letaknya Contribution to Knowledge penyelidikan saya. Risau saya, tanpa bahagian tu bermakna pembelajaran saya, sia-sia aje.
PKS cakap jangan risau sebab saya dah banyak tulis paper. Dia cakap jangan give-up dan jangan bimbang sebab bila student dah jadi macam tu dia mula rasa goyah dalam PhD dia. Dia sambung CTK tu ada cuma saya kena buat reverse evaluation of the problem.
Hi, hi, dari apa yang dia cakap, senang betul. Impementation is hard, yes kita yang buat kerja yang beratnya. Kepala dah berserabut! Experiment tak boleh nak jalan, ada masalah. Luckily, the simulation parts are almost done. Saya punya target untuk habis collect data by December ni. January 2009 saya nak mula finalize my thesis dan submit pada PKS untuk approval by April 2009. Insya Allah.
Kata saya...walaubagaimanapun, kita hanya boleh merancang, Allah SWT jua yang menentukannya.

Apa Kes
Amerika Syarikat (pronounce, ur s) sejak jatuhnya Iraq menjadikan Iran sasaran utamanya. Secara terang-terangan mengatakan dia dan sekutunya Israel akan menyerang Iran semata-mata kerana program nuklearnya.
Kata orang mereka sebenarnya berselindung di sebalik telaga minyak Iran sahaja. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan dollar AS adalah helah mereka untuk menguasai dan memanupulasi ekonomi dunia.
Sejak beberapa hari ini Iran telah menguji peluru berpandu jarak jauh. Agaknya AS dah mula cuak. Hari ini si mek Rice mengatakan amaran kepada Iran supaya tidak mengancam jiran-jirannya. Hi, hi, siapa agaknya yang dimaksudkan oleh Rice sebagai jiran tu?
Padahal AS sendiri nak letak missile kat sempadan Rusia, dan Rusia telah bagi amaran akan buat serangan ketenteraan jika AS berbuat demikian. Siapa yang kacau jiran? Awak tu duduk jauh seberang laut! Tak ada kena mengena dengan Rusia dan jirannya!
Kata saya…berita hari ini British akan bayar US$6 juta kepada orang tawanan Iraq yang disiksa. Macamana dengan AS yang secara terang-terangan dalam gambar dan video yang menyiksa tawanan Iraq dengan siksaan fizikal dan seksual? Sepatutnya diorang ni kena hantar ke mahkamah perang dunia!!!

Wednesday, July 09, 2008
Solar & Biofuel
Semalam baca dalam STAR cerita fasal pengunaan solar panel untuk kegunaan rumah. Siap tunjuk satu tempat tu yang atapnya memang dari solar panel. Siap cakap fasal aesthetic view-nya lagi. Siap promote pemaju yang kononnya tengah buat rumah menggunakan teknologi ini. Heh, heh, sayangnya harga modul tu saja dah boleh beli satu rumah. Macam supervisor saya cakap, kalau ada orang yang kaya nak buang RM140,000 untuk atap bolehlah. Buat masa sekarang tak berbaloi nak guna teknologi ini. Yang tertera semalam hanya on-the-surface sahaja. Itu belum kira maintenance lagi. Reduction of absorption over the years of the solar panels dan juga pembelian bateri untuk storage. Polisi pembelian elektrik dari individu ke grid masih samar-samar.
Sepatutnya kalau kerajaan nak menggalakkan penggunaan teknologi ini maka setiap bangunan kerajaan atau perumahan untuk golongan termiskin mesti menerapkan penggunaan teknologi ini. Barulah menjadi kerajaan yang perihatin. Bila minyak naik, tarif letrik naik, yang miskin juga huru hara.
Hari ini baca dalam utusan tentang PM meminta masyarakat dunia menghentikan tindakan meneroka tanah pertanian secara berleluasa untuk menghasilkan biofuel. Masalahnya Malaysia sendiri juga terpengaruh dengan idea biofuel ini. Memacam cerita bila kes kekurangan minyak masak di Malaysia beberapa bulan yang lalu. Salah satu darinya adalah penggunaan minyak sawit dalam pembuatan biodiesel. Satu lagi diorang ekspot minyak tu keluar kerana dapat harga lebih tinggi. Yang rasmi katanya pengilang tak untung. Nak naikkan harga tak dapat respon dari kerajaan. Entahlah yang mana satu betulnya.
Macam saya pernah cerita dulu tentang seorang Profesor yang terkenal tahun lepas yang menyatakan, kalau beliau diberi pilihan antara Makanan dan Tenaga (dari biofuel), dia akan memilih makanan. Tanpa makanan manusia tak boleh hidup, jadi tenaga untuk buat apa?
Yang saya tahu, Malaysia masih lagi tiada angan-angan, bukan setakat cita-cita, angan-angan pun tiada berkenaan hala tuju sebenar Polisi Tenaga kita untuk tahun mendatang. Memasing masih sibuk dengan keuntungan Petronas. Baik Kerajaan maupun Pembangkang. Orang lain dah sibuk nak gunakan Hidrogen...
Kata saya...Singapura nak beli 100 F-35 yang kalis radar, Malaysia tak nak beli ke? Buat budget betul-betul, nanti jadi macam kes nak beli kapalselam lak...

Tuesday, July 08, 2008
The World Laughing At You, Kid!
Saya merasa malu dengan kedudukan politik masakini. Tak ada cerita lain di muka depan akhbar, kalau tak cerita itu. Masing-masing nak tunjuk kuasa. Masing-masing nak tunjuk pandai. Tak tau ke, jiran-jiran kita dok pandang semacam kat kita. Standard kita dah tak ubah macam negara-negara Afrika (of course except Afrika Selatan). Cuma bezanya kita tak saling bunuh membunuh macam diorang, nasib baik sungguh!
Semuanya sibuk fitnah memfitnah, tak taulah yang mana yang betul. Yang sure-nya mesti ada orang buat salah. Nak beri peluang mahkamah tentukan belum tentu lagi betul sebab ada appeal process, dah jatuh keputusan appeal lagi, last-last tak bersalah! Apa halnya? So mahkamah dunia ni banyak komplikasinya, hi, hi, "Correct, correct"?
Dunia dok sibuk fasal bagaimana nak mengatasi masalah harga minyak naik, masalah kekurangan bahan makanan, kenaikan harga makanan, kita masih lagi dok bertelingkah sesama sendiri berebut kuasa. Tak kiralah Kerajaan ke Pembangkang! Sama aje! Dua kali lima.
Macam yang saya pernah kata tentang Gajah Sama Gajah Berperang yang mati Kancil Tersepit. Tiada usaha yang positif diambil sejak pilihanraya dulu. Penyokong kerajaan kata PR tak tunai janji. Pembangkang kata kerajaan tak patut naikkan harga minyak yang menyebabkan harga barang keperluan terus meningkat. Jadi siapa yang betul?
Kata saya...adakah negara kita nak jadi macam Indonesia, Thailand dan Filipina? Atau lebih teruk lagi hongga ke tahap kes Myanmar? Semoga dijauhkan dari segala muslihat ini! But I know at this particular moment The Whole World Is Laughing At You Malaysia!

Monday, July 07, 2008
Apa Dah Jadi?
Beberapa hari lepas sorang Mufti mencadangkan DSAI untuk bersumpah Muhabalah untuk menyelesaikan masalahnya. Kononnya seorang menteri besar telah menyokongnya. Persatuan Puteri pun bersetuju dan menyokongnya.
Masalahnya sekarang ada Mufti dan bekas Mufti lain yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Sehingga ada yang berkata,"itu cadangan dari orang yang terlebih pandai"...
Saya dah pergi banyak kuliah agama, dan saya dapati rata-rata ustaz-ustaz yang memberi kuliah menyangkal kenyataan Mufti sorang ni. Bukan setakat ustaz kecik, ustaz besar pun tak bersetuju dengan dia.
Kenapa diorang tak berbincang dulu ke, sebelum membuat sesuatu pandangan yang akan mengundang kontroversi. Sekarang bulan Rejab. Tak silap tahun lepas ada pandangan kontroversi mengenai puasa bulan Rejab dan Syaa'ban.
Kata saya...agaknya kalau DSAI dicadangkan Mubahalah, kenapa yang lain tak disuruh buat demikian. Hi, hi, banyak kes yang boleh dicadangkan untuk Mubahalah, contohnya kes AS, kes RTC, kes DSAIvsTDM dll. Masalahnya ada yang berani dilaknat oleh Allah SWT asal dapat nikmat dunia.

Thursday, July 03, 2008
Bunga... Lagi?
Hi, hi, minta maaf semua, gambar bunga lagik! Ni gambar yang saya ambil semasa trip ke Cameron Highland hujung minggu lepas. Nampak tak harga pokok kaktus bulat tu (gambar no. 5). Layan sekali lagi, yek...
Kali kedua saya ke sini, baru boleh dapat ambil gambar yang lebih clear. Dulu ambil gambar guna camera handphone aje.
Kata saya...Jangan panggil saya Mat Bunga, ek! Harga kaktus bulat tu tak sanggup saya membayornya - RM100. Lebih baik beli strawberry...
Soul for Sale
Hi, hi, ada jugak orang macam ni, dan ada jugak orang yang kepala tak betul yang reponse.
Dalam STAR online: diberitakan seorang warga New Zealand, Walter Scott, telah membuat "auction" bagi "soul"-nya kepada pembida yang tertinggi dalam TradeMe. Dia telah berjaya mendapat 100 pembida yang berminat.
Jadi kalau dah tamat tempohnya nanti, apa mamat ni nak bagi pada pembida tertinggi tersebut, ek? Macamana dia nak bagi "soul" dia kat pembida tu. Lepas tu pembida tu nak buat apa dengan "soul" tu agaknya.
Kata saya...teringat lagu Chris De Burg berkenaan "souls in the train" di mana kononnya si Iblis berjudi dengan Tuhan (MasyaAllah! Nauzubillah!). Patutnya lagu ni kena banned kat Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)