Monday, July 21, 2008

Jimat Kos

Kerajaan Negeri Terengganu beli Mercedes untuk ganti Proton sebagai kereta rasmi exco dan speaker negeri. Kononnya untuk jimat penyelenggaraan kereta. 14 Mercedes E200 Kompressor itu bernilai RM3.43 juta dengan setiap kereta dianggarkan bernilai RM245,000.

Alasan yang diberikan: Proton Perdana dah "tua" sebab selalu long-distance. Nak jimat penyelenggaraan macam yang exco Toh Chin Yaw "kena" RM50,000 dalam masa 36 bulan. Mercedes dikatakan akan jimat kos penyelenggaraan dan jimat minyak.

Kalau tak silap dulu kerajaan pusat ada buat polisi supaya pembelian kereta rasmi adalah dari jenama Proton. Tak taulah dah tukar polisi kut. Macamana exco tu kena RM50,000 untuk repair kereta. Cuba tengok apa yang dia baiki. Macam tak masuk akal aje. Atau bengkel tu charge lebih-lebih? Siapa kata maintenance Mercedes lagi murah. Spare partsnya lebih mahal dari spare parts Proton. Jimat minyak? Hi, hi, hi. Mana statistik yang dia pakai?

Kononnya Mercedes tu dari peruntukan pentadbiran yang lepas. Tak tahulah betul ke tidak. Kalau tak silap kerajaan negeri Pulau Pinang tolak pembelian kereta rasmi baru. Kereta Proton jugak.

Kalau dibeli Proton, berapa banyak kerajaan negeri boleh jimat agaknya. Mungkin dekat RM100,000 jugak sebuah. Kalau 14 buah, "Lu Fikir Sendirilah". Kalau tak boleh, guna calculator, ok. Agak-agak jumlah penjimatan tu boleh tampung tak penyelenggaraan yang perlu dibuat sepanjang perkhidmatan exco tersebut, mungkin 4 atau lima tahun?

Seperti kebiasaan kereta-kereta rasmi ni akan dijual terus kepada sipengguna bila tamat tempoh dengan harga "token" sahaja. Jadi saya cuma ingin tahu samada amalan ini akan diteruskan atau tidak?

Saya tak pasti timing pembelian ini baik atau tidak. Tapi saya tahu pada masa rakyat dihimpit dengan kenaikan harga minyak dan inflasi yang tinggi, exco pentadbiran negeri masih nak bermewah-mewah. Kononnya suruh rakyat UBAH CARA HIDUP!

Kata saya...nasib baiklah bukan negeri kelahiran saya, kalau tak mau saya hantar surat protes. Lantak koranglah, di akhirat besok engkau jawablah...

2 comments:

WaNNi said...

Takde yang pelik dgn perangai politician m'sia. sblm dipilik humble sampai hidung cecah ke bumi. bila menang hidung tinggi sampai ke bulan.

kat uk ni hari2 berita pasal bebanan rakyat disebabkan kenaikan harga minyak, harga roti, kredit pengguna, sehingga ke hiburan pun dikaji akibatnya kenaikan harga. paling concern pasal inflasi yg dijangka tahun depan. paper m'sia apa cerita? tak dikaji impak kenaikan harga minyak. paling2 pun pasal harga kembung dan harga ayam dipenghujung helaian. hangatnya dikejar cerita anwar yg tak sudah2. belum lg pasal politik umno yg tak habis2. MUAK!!!

jorazak said...

ibu baru
hi, hi hi. apa nak buat politik malaysia masih terumbang ambing. yang di atas belum tentu di atas akhir tahun ni. itu sebab tengah make sure they stay kat atas atau cuba nak naik kat atas. rakyat belakang kira. janji nafsu diorang dulu!