Monday, July 14, 2008

Melayu di Tanah Melayu

Rasa kesian bila baca berita tentang peneroka kena tahan ceroboh tanah kerajaan. Rata-rata yang ditemubual, orang melayu. Orang melayu dah merempat tak ada tanah di tanah melayu.

Apa salahnya mereka diberikan geran TOL untuk kerjakan tanah tu, asalkan jangan tanam pokok kekal sudah le. Dari dibiarkan tanah tu terbiar eloklah diusahakan oleh rakyat kita, khasnya orang melayu.

Yang saya heran di Cameron Highlands tanah bukit dah semakin gondol diterokai. Tak tahulah pulak saya samada secara halal atau haram. Cuma satu yang saya tahu kebanyakan tanah yang diterokai ini adalah oleh bukan orang melayu. Cuba-cubalah pihak yang berkuasa tengok-tengokkan kes ni.

Berbalik kepada cerita asal, saya pelik menurut peneroka tanah yang diceroboh itu sebenarnya telah ditinggalkan oleh pengusaha tembikai. Siapa agaknya pengusaha tembikai ni? Kenapa semasa tembikai ni ditanam tak dibuat tangkapan pun? Lama nak tunggu berbuah tembikai tu. Dari tanam benih hingga pungut hasil sekurang-kurangnya 70 hari. Apa pihak berkuasa buat agaknya, ek?

Kata saya...dah nasib korang. Agaknya pihak berkuasa nak tangkap yang tanam tembikai tu kut. FAT CHANCE!!!

7 comments:

WaNNi said...

Kes tutup mata la tu. Bila si ikan bilis yang buat, masing2 mula la keluar taring tunjuk kuasa. Bagi kecoh konon buat kerja.

jorazak said...

ibu baru
kalau pergi cameron, boleh tengok tanah yang baru diteroka berselindung di sebalik bukit menghadap jalan raya. tanah yang diterokai oleh bukan melayu. tak taulah yang halal ke yang haram. dah nasib orang melayu, papa di negara sendiri...

Helena said...

itula pasal kan....

Helena selalu compius bab2 macam ni.... compius sebab kadang2 tgk orang kita ni, mata dia celik.... tapi sebenarnya tak celik.... hehe

WaNNi said...

Kaum yg pandai mengambil kesempatan. Bangsa sendiri bertelagah berebut kuasa. Belum lagi kisah anak bangsa yang hanyut seronok sampai menyongsangkan akhlak. Nak buat macam mana, melayu mudah lupa.

jorazak said...

helena
apa nak buat orang melayu yang buay kerja ni biasanya memang orang tak BERADA. orang bukan melayu yang buat kerja ni memang dah BERADA. tau-tau aje le, eh mcm mp yg sorang tu cakap,"pandang sebelah mata".


ibu baru
hi, hi, sekarang diorang tengah tepuk tangan tengok orang melayu gila kuasa. dibiarkan orang melayu berbalah sesama sendiri. yg kalah satu hal, yg menang pun akan merayu kat diorg untuk sokongan.


sesungguhnya melayu bukan hanya mudah lupa tapi cepat tak sedar diri. alahai, nak kutuk mcm mana saya org melayu, sedih...

WaNNi said...

Opppsss...lupa pulak kite melayu. ingat dah dok negeri mat saleh ni dah jadi mat saleh gak. btw congrats en. jo. eh, nak panggil en. lagi ke kena panggil pm ni. huhuhuhu. asal jgn mudah lupa janji yek. saya tuntut lepas 3 tahun nnt. kumpul duit banyak2 sbb 3 tahun tak gi umbai, segala spesis makanan laut saya nak.

jorazak said...

ibu baru
Hi, hi, tak boleh panggil sekerat-sekerat. Kalau nak panggil jugak kena tambah Tn Hj kat depan.
Umbai? Saya lebih suka pergi Muara Sungai Duyung. Harga berpatutan, service cepat, masakan pun sedap.